anak-anakan masih di tangan
hempasan dunia belum terasa
Isnin, 23 Julai 2012
Khamis, 7 Jun 2012
Durian
Semasa melalui Jalan Hiliran berhampiran stesen Minyak Shell terdapat jualan durian di kaki lima jalan. Terdetik naluri hati untuk membelinya. Namun disebabkan tujuan untuk menghantar baju kot ke dobi di Hiliran diselesaikan tugasan itu terlebih dahulu. Saya pulang ke rumah dan secara bermotosikal saya pergi ke Chabang Tiga untuk mengambil tiga orang anak yang ditinggalkan di kedai gunting rambut. Sebelum mengambil anak sempat singgah minum air tebu di Pasar Chabang Tiga. Masih ada lagi air tebu yang dijual dengan harga RM 0.50. Selesai sahaja menghilangkan dahaga saya
Khamis, 2 Jun 2011
SEMINAR Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa ; 14 - 16 Mac 2011 - Hotel Tanjung Vista
Pada 14 - 16 Mac 2011. Pengalaman yang paling berharga apabila dapat berbual dengan tokoh -tokoh pendidikan negara Prof. Teo, Prof. Awang dan Prof Abdullah.
Ahad, 29 Mei 2011
CANDAT Sotong
Pada 20-21 Mei 2011 mengikut rombongan Mat Nasir untuk candat sotong. Bayaran yang di kenakan sebanyak RM 60.00 seorang. Candat sotong ini merupakan aktiviti kali ke-dua selepas hampir sepuluh tahun dahulu ketika mengikutinya bersama Mat Akar (abang ipar), Abe Kamal, Abe Him (sepupu) dan Mat Seri (sepupu). Konon-kononnya cakap besar bakal buat balik sotong dan ikan. Habuk pun tarak yang boleh pening dan tubuh yang letih. Namun pengalaman yang dilalui amat-amat berharga.
| Jeti di Kampung Losong, pengkalan yang digunakan untuk aktiviti candat sotong |
| Menyusuri Sungai Terengganu |
| Hanya seekor ikan sahaja yang berjaya dinaikan oleh Mohd Nasir |
Semasa menyusuri Sungai Terengganu dengan menggunakan Kamera Digital Coolpix S3000 beberapa gambar sempat dirakam.
Sabtu, 14 Mei 2011
PULAU Redang
| Bersama-sama Cikgu Zuriman Abd. Rahman di hadapan bot berhampiran dengan tempat pemandu bot |
Tanggal 13-14 Mei 2011, Sebahagian warga KOMSTAR ke Pulau Redang. Satu pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah ke sana sebelum ini. Perjalanan menuju ke Pulau Redang pada pukul 2.30 petang.
| Bersama-sama Cikgu Fadzir menaiki bot melihat sebahagian Pulau Kapas |
SEGUGUS Kisah
Perjalanan kehidupan sebenarnya boleh dijadikan sebuah kisah.Sekiranya peristiwa itu tidak dirakam dan ditinta nescaya segala yang berlaku itu pastinya akan dilupai. Bermuula 15 Mei 2011 segala-gala yang berlaku akan dicatat dan diketip dalam blog catatancikgukz@blogsport.com agar berupaya menjadi diari dan sejarah yang boleh diketahui, dibaca dan ditatap oleh saya sendiri serta anak cucu-cicit suatu hari nanti.
| Pukul 6.00 ptg; 14 Mei 2011 (Persimpangan lampu isyarat dekat foto Wira, selepas menghantar Mohammad Faiz Zulfahmi ke SMA Ladang) |
Seandainya ada upaya dari-Nya dapatlah saya mengetip dan mencoretkan segala-galanya yang berlaku InsyaAllah. Segugus kisah ini tiada apa-apa tujuan lain selain daripada ingin menjelmakan dan menghamburkan segala apa-apa jua yang ada di dalam diri. Tidak berniat untuk mengata dan mengupat jauh sekali.
Langgan:
Catatan (Atom)
