Pada 14 - 16 Mac 2011. Pengalaman yang paling berharga apabila dapat berbual dengan tokoh -tokoh pendidikan negara Prof. Teo, Prof. Awang dan Prof Abdullah.
Khamis, 2 Jun 2011
Ahad, 29 Mei 2011
CANDAT Sotong
Pada 20-21 Mei 2011 mengikut rombongan Mat Nasir untuk candat sotong. Bayaran yang di kenakan sebanyak RM 60.00 seorang. Candat sotong ini merupakan aktiviti kali ke-dua selepas hampir sepuluh tahun dahulu ketika mengikutinya bersama Mat Akar (abang ipar), Abe Kamal, Abe Him (sepupu) dan Mat Seri (sepupu). Konon-kononnya cakap besar bakal buat balik sotong dan ikan. Habuk pun tarak yang boleh pening dan tubuh yang letih. Namun pengalaman yang dilalui amat-amat berharga.
Jeti di Kampung Losong, pengkalan yang digunakan untuk aktiviti candat sotong |
Menyusuri Sungai Terengganu |
Hanya seekor ikan sahaja yang berjaya dinaikan oleh Mohd Nasir |
Semasa menyusuri Sungai Terengganu dengan menggunakan Kamera Digital Coolpix S3000 beberapa gambar sempat dirakam.
Sabtu, 14 Mei 2011
PULAU Redang
Bersama-sama Cikgu Zuriman Abd. Rahman di hadapan bot berhampiran dengan tempat pemandu bot |
Tanggal 13-14 Mei 2011, Sebahagian warga KOMSTAR ke Pulau Redang. Satu pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah ke sana sebelum ini. Perjalanan menuju ke Pulau Redang pada pukul 2.30 petang.
Bersama-sama Cikgu Fadzir menaiki bot melihat sebahagian Pulau Kapas |
SEGUGUS Kisah
Perjalanan kehidupan sebenarnya boleh dijadikan sebuah kisah.Sekiranya peristiwa itu tidak dirakam dan ditinta nescaya segala yang berlaku itu pastinya akan dilupai. Bermuula 15 Mei 2011 segala-gala yang berlaku akan dicatat dan diketip dalam blog catatancikgukz@blogsport.com agar berupaya menjadi diari dan sejarah yang boleh diketahui, dibaca dan ditatap oleh saya sendiri serta anak cucu-cicit suatu hari nanti.
Pukul 6.00 ptg; 14 Mei 2011 (Persimpangan lampu isyarat dekat foto Wira, selepas menghantar Mohammad Faiz Zulfahmi ke SMA Ladang) |
Seandainya ada upaya dari-Nya dapatlah saya mengetip dan mencoretkan segala-galanya yang berlaku InsyaAllah. Segugus kisah ini tiada apa-apa tujuan lain selain daripada ingin menjelmakan dan menghamburkan segala apa-apa jua yang ada di dalam diri. Tidak berniat untuk mengata dan mengupat jauh sekali.
Langgan:
Catatan (Atom)