Halaman

Rabu, 24 Oktober 2012

Bercakap Berdasarkan Fakta Bukannya Auta

Kadang-kadang kita tidak menyedari orang lain juga mempunyai hak, terutama hak mendengar dan menerima maklumat semasa komunikasi. Jadi semasa berkomunikasi, kita perlulah memahami hak orang lain di sekeliling kita. Ramai yang lupa dan tidak menyedari hak orang lain semasa berkomunikasi. Oleh sebab itu, semasa kita berkomunikasi perlu berhati-hati supaya pertuturan kita tidak menyebabkan orang lain tersinggung dengan kata-kata kita dan menerima fakta atau maklumat yang salah daripada kita. Selain daripada itu, semasa kita berkomunikasi segala perkara yang hendak disampaikan perlu mendapatkan bukti yang sah, bukannya mendapat maklumat daripada sumber yang diragui keesahan maklumat tersebut. Kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat menerima maklumat atau sumber daripada mereka yang mempunyai kepentingan terhadap maklumat atau sumber tersebut. Kita juga perlu menilai kesahihan maklumat yang diterima di tempat awam. Contohnya kita tidak sepatutnya mendapatkan sumber di kedai kopi kemudian menokok tambah dan menceritakan semula sumber itu kepada orang lain melalui versi kita.

Gambar hiasan diperoleh dari Internet : Usung rumah bukannya usung cerita yang tidak sahih
     Maklumat yang sahih perlu diperoleh melalui pelbagai sumber yang boleh dipercayai antaranya bukti-bukti penyelidikan yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dari universiti, buku, makalah, jurnal, kertas kerja, penyelidikan dan sebagainya. Sumber daripada surat khabar masih lagi kabur kesahihan dan akbar tidak boleh dijadikan sumber rujukan utama. Bukannnya semua sumber yang terdapat di akhbar itu tidak tepat, ada juga sumber-sumber tepat yang boleh diperoleh contohnya waktu sembahyang.




Isnin, 23 Julai 2012

Khamis, 7 Jun 2012

Durian

Semasa melalui Jalan Hiliran berhampiran stesen Minyak Shell terdapat jualan durian di kaki lima jalan. Terdetik naluri hati untuk membelinya. Namun disebabkan tujuan untuk menghantar baju kot ke dobi di Hiliran diselesaikan tugasan itu terlebih dahulu. Saya pulang ke rumah dan secara bermotosikal saya pergi ke Chabang Tiga untuk mengambil tiga orang anak yang ditinggalkan di kedai gunting rambut. Sebelum mengambil anak sempat singgah minum air tebu di Pasar Chabang Tiga. Masih ada lagi air tebu yang dijual dengan harga RM 0.50. Selesai sahaja menghilangkan dahaga saya

Khamis, 2 Jun 2011

SEMINAR Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa ; 14 - 16 Mac 2011 - Hotel Tanjung Vista

Pada 14 - 16 Mac 2011. Pengalaman yang paling berharga apabila dapat berbual dengan tokoh -tokoh pendidikan negara Prof. Teo, Prof. Awang dan Prof Abdullah.

Ahad, 29 Mei 2011

CANDAT Sotong

Pada 20-21 Mei 2011 mengikut rombongan Mat Nasir untuk candat sotong. Bayaran yang di kenakan sebanyak RM 60.00 seorang. Candat sotong ini merupakan aktiviti kali ke-dua selepas hampir sepuluh tahun dahulu ketika mengikutinya bersama Mat Akar  (abang ipar), Abe Kamal, Abe Him (sepupu) dan Mat Seri (sepupu). Konon-kononnya cakap besar bakal buat balik sotong dan ikan. Habuk pun tarak yang boleh pening dan tubuh yang letih. Namun pengalaman yang dilalui amat-amat berharga.



Jeti di Kampung Losong, pengkalan yang digunakan untuk aktiviti candat sotong


Menyusuri Sungai Terengganu


Hanya seekor ikan sahaja yang berjaya dinaikan oleh Mohd Nasir



Semasa menyusuri Sungai Terengganu dengan menggunakan Kamera Digital Coolpix S3000 beberapa gambar sempat dirakam.















                                                                                                                  



Sabtu, 14 Mei 2011

PULAU Redang

Bersama-sama Cikgu Zuriman Abd. Rahman di hadapan bot berhampiran dengan  tempat pemandu bot
Tanggal 13-14 Mei 2011, Sebahagian warga KOMSTAR ke Pulau Redang. Satu pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah ke sana sebelum ini. Perjalanan menuju ke Pulau Redang pada pukul 2.30 petang.
 
Bersama-sama Cikgu Fadzir menaiki bot melihat sebahagian Pulau Kapas
Kesempatan diambil untuk ke Gem Island untuk melihat sebahagian pulau dengan menaiki bot yang disediakan dengan kadar bayaran RM 10.00






SEGUGUS Kisah

Perjalanan kehidupan sebenarnya boleh dijadikan sebuah kisah.Sekiranya peristiwa itu tidak dirakam dan ditinta nescaya segala yang berlaku itu pastinya akan dilupai. Bermuula 15 Mei 2011 segala-gala yang berlaku akan dicatat dan diketip dalam blog catatancikgukz@blogsport.com agar berupaya menjadi diari dan sejarah yang boleh diketahui, dibaca dan ditatap oleh saya sendiri serta anak cucu-cicit suatu hari nanti.
Pukul 6.00 ptg; 14 Mei 2011 (Persimpangan lampu isyarat dekat foto Wira, selepas menghantar Mohammad Faiz Zulfahmi ke SMA Ladang)
Seandainya ada upaya dari-Nya dapatlah saya mengetip dan mencoretkan segala-galanya  yang berlaku InsyaAllah. Segugus kisah ini tiada apa-apa tujuan lain selain daripada ingin menjelmakan dan menghamburkan segala apa-apa jua yang ada di dalam diri. Tidak berniat untuk mengata dan mengupat jauh sekali.