Halaman

Rabu, 24 Oktober 2012

Bercakap Berdasarkan Fakta Bukannya Auta

Kadang-kadang kita tidak menyedari orang lain juga mempunyai hak, terutama hak mendengar dan menerima maklumat semasa komunikasi. Jadi semasa berkomunikasi, kita perlulah memahami hak orang lain di sekeliling kita. Ramai yang lupa dan tidak menyedari hak orang lain semasa berkomunikasi. Oleh sebab itu, semasa kita berkomunikasi perlu berhati-hati supaya pertuturan kita tidak menyebabkan orang lain tersinggung dengan kata-kata kita dan menerima fakta atau maklumat yang salah daripada kita. Selain daripada itu, semasa kita berkomunikasi segala perkara yang hendak disampaikan perlu mendapatkan bukti yang sah, bukannya mendapat maklumat daripada sumber yang diragui keesahan maklumat tersebut. Kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat menerima maklumat atau sumber daripada mereka yang mempunyai kepentingan terhadap maklumat atau sumber tersebut. Kita juga perlu menilai kesahihan maklumat yang diterima di tempat awam. Contohnya kita tidak sepatutnya mendapatkan sumber di kedai kopi kemudian menokok tambah dan menceritakan semula sumber itu kepada orang lain melalui versi kita.

Gambar hiasan diperoleh dari Internet : Usung rumah bukannya usung cerita yang tidak sahih
     Maklumat yang sahih perlu diperoleh melalui pelbagai sumber yang boleh dipercayai antaranya bukti-bukti penyelidikan yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dari universiti, buku, makalah, jurnal, kertas kerja, penyelidikan dan sebagainya. Sumber daripada surat khabar masih lagi kabur kesahihan dan akbar tidak boleh dijadikan sumber rujukan utama. Bukannnya semua sumber yang terdapat di akhbar itu tidak tepat, ada juga sumber-sumber tepat yang boleh diperoleh contohnya waktu sembahyang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan